Budaya Kaizen merupakan satu usaha pembaikan yang berterusan atau "continuous improvement". Budaya kaizen digambarkan melalui usaha dan latihan berulang - ulang sehingga mencapai tahap kesempurnaan (perfection).
Semasa zaman restorasi Meiji, Jepun mengalami proses pembukaan. Sekiranya di zaman Samurai sebelumnya, semua yang datangnya dari Barat ditolak, tetapi setelah restorasi Meiji ini, semua yang baik dari Barat diambil dan dipelajari, sedangkan hanya yang buruk itulah ditolak. Setelah diambil dan dipelajari, ia di tambah nilai sehingga lahir produk baru yang lebih inovatif sifatnya. Inilah yang dikatakan oleh para sarjana bahawa Jepun ini adalah sebuah negara yang suka meniru.
Tapi hakikatnya, sekiranya kita mahu belajar, maka seharusnya kita mengambil contoh teladan yang baik dari orang lain. Bagi orang Jepun, biarlah orang mengatakan mereka bangsa peniru sekalipun. Kalau dengan meniru, mereka dapat bangkit dari keruntuhan dan kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki, kalau dengan meniru mereka dapat mengembalikan maruah mereka semula, mengapa tidak?
Setelah produk asing itu ditiru, produk baru yang lebih inovatif dihasilkan. Kini, lihat sahaja Honda dan Toyota yang sudah mengambil alih tempat pertama dari General Motors dalam industri pemotoran. Sedangkan pada asalnya, kereta Toyota zaman dahulu pernah diibaratkan sebagai tin milo, jauh ketinggalan dari jenama kereta GM mahupun Ford.
Sumber :hr.terengganu.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan