Selasa, 31 Ogos 2010

Definisi Pemimpin


Seseorang yang mampu mempengaruhi sekumpulan orang untuk mencapai sesuatu tujuan.

Seseorang pemimpin harus mempunyai perasaan empati.Maksudnya beliau harus mempunyai sikap untuk memahami perasaan orang lain dan keperluan mereka.Sikap memahami perasaan orang lain bermaksud  mereka mampu berkomunikasi secara berkesan dengan pekerja serta cuba memahami apa yang berlaku sebenarnya.Hari ini pekerja tidak lagi melihat ketua  yang memiliki  kuasa mutlak.Dunia telah berubah.Orang telah berubah.Pemikiran juga telah berubah.Hari ini majikan berhadapan dengan Knowledge Worker(Pekerja Berpengetahuan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan