Pepatah Cina ada menyebut, “Bila anda beri seseorang ikan, maka
anda memberinya makan untuk satu hari tetapi bila anda ajar seseorang itu
memancing, maka anda akan memberinya makan seumur hidup.”
Ketika individu atau keluarga tersebut dalam kesusahan berikan bantuan.
Gunakan konsep memberi ikan tadi.
Bukan pancing supaya mereka dapat terus hidup kerana dikhuatiri ketika mereka kelaparan sekiranya kita hanya memberi pancing ,ia akan dijual bagi mendapatkan wang.
Namun begitu demi survival jangka panjang berikan bimbingan.Gunakan konsep pancing bagaimana mereka dapat keluar dari belenggu kemiskinan tegar.
Maksudnya dengan menggunakan pancing dan mengajar mereka teknik memancing yang betul sudah tentu mereka boleh mencari lebih banyak ikan sehingga boleh dijual bagi menampung kehidupan seharian.
1.Pepatah ini mengajar individu supaya hidup berdikari.
2.Mengingatkan pihak berkepentingan(stakeholder) terutama orang politik supaya membantu secara holistik(menyeluruh), bukan bantuan bermusim tetapi ia adalah tanggungjawab sosial yang wajib dilakukan apatah lagi mereka yang bergelar pemimpin.Bukan sekadar retorik semata-mata.
3.Individu atau keluarga tidak boleh bergantung kepada bantuan orang lain selamanya.Mereka harus berusaha untuk keluar dari garis kemiskinan.
Bagaimana penggunaan beri pancing dan ikan dalam
kehidupan seharian berkesan kepada masyarakat, rakyat dan negara.
1.Pendidikan
Ikan: Memberikan sumbangan wang kepada pelajar
untuk keperluan jangka pendek.
Pancing :Memberikan biasiswa atau peluang
pendidikan secara percuma supaya pelajar tersebut boleh mendapat ilmu dan
kemahiran untuk membina masa depan yang cerah.
2.Bantuan Kewangan
Ikan: Memberikan bantuan kewangan sekali
sekala (one off) kepada individu yang memerlukan untuk mengelakkan mereka
kebuluran akibat kemiskinan dan terjerumus ke kancah negatif.
Pancing: Memberikan kursus atau latihan
keusahawanan supaya individu tersebut boleh memulakan perniagaan sendiri dan
mencapai kebebasan kewangan dalam jangka masa panjang.
3.Bantuan Komuniti
Ikan: Memberikan makanan kepada komuniti setempat
yang mengalami kekurangan bekalan makanan.
Pancing: Menyediakan program pertanian atau
perikanan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya komuniti tersebut boleh menghasilkan produk
mereka sendiri sekali gus menjadi sumber
pendapatan utama.
4.Bimbingan Kerjaya
Ikan: Memberikan pekerjaan sementara kepada
seseorang.
Pancing: Memberikan latihan kemahiran dan
bimbingan kerjaya supaya mereka boleh mendapatkan pekerjaan yang stabil dan
berkualiti.
Mengapa Pendekatan Ini Penting:
1.Ia membantu individu atau komuniti sentiasa
berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan luar secara berterusan.
2.Mewujudkan penyelesaian jangka panjang yang
dapat membantu mengatasi masalah secara berterusan.
3.Memberikan kuasa kepada individu atau
komuniti untuk mengawal masa depan mereka sendiri.
4.Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang
boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
Rumusan
Memberikan "pancing" adalah tentang
pelaburan dalam potensi jangka panjang seseorang atau komuniti. Dengan
menyediakan alat, pendidikan, dan sumber kewangan dan lain-lain yang diperlukan
kita membantu mereka membangun masa depan yang lebih stabil dan bebas kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan