Maksud Akauntabiliti
Sifat dan sikap bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan,keputusan dan lain-lain serta bersedia memberikan penjelasan,justifikasi dan sebagainya jika diperlukan.
Dalam konteks Perkhidmatan Awam, bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai dan kakitangan Awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan.
Juga bermaksud pelaksanaan tugas-tugas tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa, prodesur dan arahan, contohnya pegawai-pegawai perlulah cekap dan mengutamakan sikap berhati-hati dan cermat.
Matlamat
Untuk mencapai satu kaedah kawalan yang berkesan bagi memastikan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan satu-satu pengurusan dipatuhi.
Peranan
1.Perbelanjaan wang awam.
2.Kawalan projek
3.Kawalan Disiplin dan Tatatertib.
Pengurusan masa yang berkesan
1.Asas
yang baik dalam pembentukan sikap positif Anggota Perkhidmatan Awam.
2.Membantu pegawai-pegawai dan kakitangan menyempurnakan kerja dengan cepat, tepat
dan
menepati masa yang ditetapkan.
3. Dapat
mengurangkan ‘ executive stress ’ melalui :
a) Membuat perancangan kerja yang teratur, keutamaan kepada aktiviti-aktiviti harian dengan
mengadakan ‘ check list ’.
b) ‘ Delegating ’.
c) Bijak menggunakan masa, contoh menamatkan perbincangan yang tidak berkaitan.
d) Mengelak dan mengurangkan gangguan kerja.
e) Menguruskan mesyuarat dengan baik.
Tindakan yang perlu diambil perhatian
i)Tentukan objektif, agenda, tarikh, masa, tempat mesyuarat.
f) Mengamalkan prinsip ‘ Follow Up ’ dan ‘ Follow Through ’
Adakah anda seorang pekerja yang berakauntabiliti ?
Kenalpasti tanggungjawab anda berdasarkan senarai tugas dan arahan yang diberikan adalah jelas.Jangan salahkan orang lain di atas kegagalan anda melaksanakan tanggungjawab.
Akauntabiliti bermula dengan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan