Media sosial seperti Twitter, blog, Whatsapp , Facebook, Tik Tok dan Youtube dijadikan tempat mengkritik.Ini budaya baru yang mungkin menimbulkan masalah terutama pekerja generasi Y dan Z.
Trend ini turut membabitkan sektor
perkhidmatan awam. Tahukah anda Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan
surat pekeliling mengingatkan penjawat awam supaya berhenti mengkritik secara
terbuka di media sosial atau kemungkinan berdepan dengan tindakan yang
digariskan dalam surat pekeliling tersebut.
Sekiranya anda tidak bersetuju
dengan dasar kerajaan atau berasa teraniaya dalam urusan kenaikan pangkat dan jawatan,
menjadikan media sosial platform untuk
meluahkan ketidakpuasan hati, anda dinasihatkan berfikir secara rasional,profesional
dan tidak melakukan tindakan yang merugikan anda.
Kepada penjawat awam peruntukan di
bawah seksyen 19 (1) Peraturan Am (Tatatertib dan Kelakuan) 1993 melarang
mereka daripada membuat kenyataan secara bertulis atau lisan yang boleh
menjejaskan atau menyebabkan kesan buruk ke atas dasar-dasar, keputusan atau
program kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan