Orientasi Pekerja Yang Berkesan
Masih lagi TEORI :Human Resources Topic, kongsi ilmu untuk rakan2 saya yg baru dilantik sebagai ketua organisasi yg mungkin bermanfaat kpd kita.
Ketika anda dan saya mula bekerja, adakah bos saya dan anda melakukan orientasi pekerja baru secara SISTEMATIK. Mungkin ada , mungkin tidak ,mungkin ada suam2 kuku atau tiada langsung.Refleksi diri sendiri.
PENTING : Human Resources Theory PERLU DIPELAJARI melalui kursus , pembacaan dll sekiranya anda seorang pengurus organisasi.Tidak boleh bergantung kepada PENGALAMAN semata2 kerana pengalaman anda mungkin berbeza ketika anda bukan ketua organisasi.
Tetapi GABUNGAN PENGALAMAN, TEORI Diikuti TINDAKAN MENJADIKAN ANDA PEMIMPIN ORGANISASI YANG BERKESAN.
Kenapa orientasi kepada pekerja baru sangat penting ?
1.Orientasi pekerja baru adalah proses yang anda gunakan untuk mengalu-alukan pekerja baru ke dalam organisasi anda.
2.Matlamat orientasi pekerja baru adalah untuk membantu pekerja baru berasa disambut, disatukan ke dalam organisasi, dan melaksanakan tugas baru secepat mungkin.
3.Kerja permulaan seseorang pekerja baru adalah penting bagi kejayaannya pada masa seterusnya.
4.Kebiasaannya sikap seseorang pekerja tentang organisasi tempat dia akan bekerja ditentukan pada hari pertama yang penting itu.
5.Dalam organisasi, teras maklumat ada yang perlu anda kongsi dengan setiap pekerja baru. Tetapi, bergantung pada tahap pekerjaan, tanggungjawab pekerjaan, dan pengalaman pekerja baru, komponen akan berbeza-beza.
6.Ketua organisasi biasanya menetapkan tempoh orientasi 120 hari(4 bulan) di mana pekerja baru mempelajari sesuatu tentang organisasi itu setiap hari semasa menjalankan tugas dan tahap pemahaman tugasnya diukur pada hari ke 120.
Rancangan orientasi pekerja baru anda sepatutnya termasuklah :
1.Alu-aluan yang ikhlas.(Menerima orang baru sebagai pekerja & rakan sejawat)
2.Memperkenalkan orang penting dalam organisasi.(Kepada siapa perlu dirujuk sekiranya berlaku masalah dll dlm organisasi)
3.Lawatan ke seluruh pejabat dan bangunan (Ramai yang anggap remeh, sebenarnya inilah 'touching' yg paling efektif kepada pekerja baru untuk beliau rasa bertanggungjawab terhadap organisasinya-Hanya yg pernah ada pengalaman akan merasainya.Terima kasih ex bos saya ,bila saya selidik..ex bos saya pernah mengambil kursus Human Resource dan beliau praktikkannya ketika memimpin organisasinya.)
4.Penerangan tentang perkara penting seperti waktu dan peraturan pejabat,faedah, polisi kehadiran dan SOP pekerjaan.
5.Penerangan tentang tugas dan keperluan pekerjaan yang minimum dalam tempoh 120 hari.
6.Penerangan tentang latihan permulaan yang akan diterima oleh pekerja.(Tidak terburu-buru)
7.Masa yang diberi supaya pekerja membiasakan diri dengan tugas.(120 hari)
8.Peralatan bekerja atau ruang yang lengkap.(Ramai yang mengambil mudah dan menganggap ia sesuatu yg remeh)
9.Dokumen seperti akujanji pekerjaan,buku panduan faedah dan Fail Meja atau skop tugasnya.
10.Tugas pertama pekerja tersebut.
11.Pengurus organisasi menetapkan orientasi 120 hari di mana pekerja baru mempelajari sesuatu tentang organisasi itu setiap hari semasa menjalankan tugas.
PENTING :Sesuatu teori berkesan, berjaya atau tidak hanya dapat diukur apabila ia dipraktikkan dan diamalkan.
Jika tidak teori hanya tinggal sebagai bahan2 ilmiah ketika ketika kita mengumpul ijazah dll.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan