Me Time
Masa bila anda boleh lakukan dan apa yang anda mahu lakukan.
Anda sibuk.Anda stress di tempat kerja.Ada masa anda perlukan ‘Me Time’.Bermaksud anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti secara bersendirian.’Me Time’penting untuk kesihatan mental dan diri.Anda perlu mengecas semula tenaga anda dengan melakukan aktiviti ‘Me Time’.Adakah anda rasa berbaloi dengan menggunakan masa selama 20 minit atau beberapa jam bagi setiap aktiviti ‘Me Time’.
Inilah masa berkualiti yang diperlukan untuk diri sendiri di tengah kesibukan rutin harian anda.
Berikut 16 aktiviti ‘Me Time’yang boleh dilakukan bagi mengecas semula tenaga dan fikiran anda.
1.Lupakan semua gajet elektronik, membaca whatsapp,Instagram,Tik Tok dan tidak menjawab panggilan telefon sekurang-kurangnya 5 hingga 20 minit.Sebaliknya membaca buku , majalah,berjalan santai atau sekadar merenung ke luar tingkap.
2.Sekali sekala makan tengah hari di restoran tanpa ditemani sesiapa.
3.Tidur sebentar.Terutama waktu rehat tengah hari dalam 5 hingga 10 minit bagi mengecas semula tenaga anda.
4.Hubungi rakan lama.Ajak berbual-bual sambil menceritakan kisah zaman lalu.
5.Melukis atau menulis bagi yang berbakat.
6.Menonton wayang di pawagam bersendirian.
7.Menulis jurnal, perasaan hari ini,idea dan impian anda- simpan dalam buku nota kecil anda.
8.Senaman ringan- berjalan kaki di sekitar taman awam dll
9.Berbasikal di sekeliling taman perumahan anda.
10.Makan buah -buahan secara santai.
11.Menikmati pemandangan di pantai -sekiranya rumah anda berhampiran pantai.
12.Membaca Al Quran – minimum 5 hingga 10 ayat.
13.Berzikir, beristighfar dan beriktikaf di masjid.
14.Mandi dan berendam di dalam tab mandi walaupun sebentar.
15.Menikmati hobi – mendengar muzik,bermain gitar dan sebagainya.
16.Tidak melakukan apa-apa.Hanya duduk diam dan berhenti memikirkan sesuatu.
Kelebihan ‘Me Time’
1.Memberi peluang untuk otak berehat
2.Mengosongkan fikiran.
3.Mengurangkan tekanan(stress)
4.Menjadikan tubuh lebih cergas
5.Meningkatkan produktiviti kerana minda lebih sihat.
6.Meningkatkan kualiti hubungan dengan orang lain.
Manfaatkan 'Me Time' untuk kesihatan mental dan diri anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan