Selasa, 15 Jun 2010

Pengurusan Diri Di Hari Tua

Suatu hari saya berjumpa seorang kawan.Beliau bekas Pegawai Kanan di sebuah Jabatan Kerajaan.Baru dua bulan pencen kerana mencapai persaraan wajib.Dalam pertemuan itu beliau meluahkan perasaannya.Bekas pekerja bawahan , rakan-taulan di tempat kerjanya dahulu masing-masing melarikan diri apabila terserempak dengannya secara tidak sengaja.Kalau tegur pun ibarat melepaskan batok di tangga.Tidak seperti sewaktu beliau masih berjawatan.Saya hanya menasihatkan beliau supaya bersabar.Sudah resam dunia sewaktu kita dipuncak semua orang menyanjung tinggi tetapi apabila kita tiada kuasa dan tidak lagi menjadi ketua, baru kita kenal siapa kawan sejati , pembodek , pengampu dan lain-lain lagi.Mungkin ini satu peringatan buat kita yang bergelar pengurus atau ketua di sesebuah organisasi.Berikan perkhidmatan dan layanan terbaik dalam organisasi dan anak buah kita.Teringat saya dua perkataan keramat .Hormat dan Takut. Dua perkataan yang boleh diterjemahkan dalam pengurusan organisasi masa kini.Orang bawahan akan terus hormat kita walaupun setelah kita bersara sekiranya semasa kita menjadi ketua yang bertanggungjawab, dedikasi ,amanah dan menghormati orang bawahan.Sementara perkataan takut pula merujuk kepada anak buah atau orang bawahan yang hanya takut dan menghormati kita sewaktu kita berkuasa akibat layanan,ego dan tiada sikap tolak ansur dengan orang bawahan semasa kita berkuasa.Setelah kita bersara , orang bawahan mencemik dan mencemuh sesama sendiri dan mengutuk ketua mereka yang telah pencen.Wujudlah sindrom melarikan diri sewaktu bersua atau tersua bekas ketua di mana-mana.Kesimpulannya kita harus bersedia dengan perubahan yang berlaku.Ingatlah kita tidak selamanya berada di atas.Sampai masa kita kembali menjadi manusia biasa.Tidak dikelilingi pangkat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan