Jumaat, 12 Julai 2024

Kisah Inspirasi Srikanth Bolla.

Siapa  Srikanth Bolla.

Beliau ialah pengasas Bollant Industries.

Sebuah syarikat yang menghasilkan produk biodegradable dan mesra alam.

Dilahirkan pada tahun 1992 di sebuah kampung  di Andhra Pradesh, India.

Mengalami kecacatan buta sejak lahir.

Banyak kisah inspirasi  yang boleh kita ambil dari Srikanth Bolla.

Antaranya ialah:

 1.Keazaman dan Ketabahan

Srikanth menghadapi banyak halangan termasuk diskriminasi kerana kecacatan penglihatan. Namun, beliau tetap gigih dan tidak membiarkan kekurangan fizikal menghalangnya daripada mencapai impiannya.

 2.Pendidikan sebagai Kunci Kejayaan

Meskipun buta, Srikanth berjaya menamatkan pendidikan di sekolah biasa dan kemudian di Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Ini menunjukkan pentingnya pendidikan.Dengan pendidikan ia akan membuka peluang besar dalam hidup.

 3.Inovasi dan Keusahawanan Sosial

Srikanth menubuhkan Bollant Industries bertujuan untuk  berjaya dalam perniagaan dan membantu orang lain, khususnya mereka yang kurang upaya.

Beliau menggunakan strategi serampang dua mata.

Ini menunjukkan bagaimana keusahawanan boleh digunakan untuk kebaikan sosial.

 4.Mengatasi Diskriminasi

Srikanth menunjukkan bahawa kita boleh mengatasi diskriminasi dengan keberanian, kerja keras, dan keyakinan diri.

Kisah beliau mengajar kita untuk tidak berputus asa walaupun menghadapi cabaran besar.

 5.Memanfaatkan Potensi Penuh

Srikanth menunjukkan bahawa setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal atau cabaran hidup mempunyai potensi untuk berjaya dan memberi impak positif kepada masyarakat.

 6.Fokus kepada Matlamat

Beliau sentiasa fokus kepada matlamatnya walaupun ada banyak halangan.

Ketekunan ini membuktikan bahawa dengan fokus dan dedikasi kita boleh mencapai impian kita.

Kisah Srikanth Bolla adalah contoh inspirasi bagaimana seseorang boleh mengubah cabaran menjadi peluang dan memberi inspirasi kepada orang lain melalui tindakan dan pencapaiannya.


Baca lagi siapa Srikanth Bolla

Tiada ulasan:

Catat Ulasan