Menjadi pengurus
atau bos bukan mudah.
Ia mungkin sukar
untuk menilai perkara terbaik yang anda perlu lakukan.
Anda perlu
mempertimbangkan rasa ingin dihormati atau anda bos yang mudah didekati oleh
pekerja.
Berikut adalah ciri-ciri
bos yang baik boleh mempengaruhi suasana di tempat kerja dan meningkatkan produktiviti
pekerja.
1.Komunikasi yang
Berkesan
Bos yang baik
sentiasa menjaga komunikasi yang jelas dan terbuka dengan pekerja.
Mereka mendengar
pendapat dan masalah pekerja serta memberikan maklum balas yang positif.
2.Menghargai
Pekerja
Mereka
menunjukkan penghargaan terhadap kerja keras dan sumbangan pekerja sama ada
dalam bentuk bonus atau pengiktirafan umum.
3.Memberikan
Sokongan dan Sumber
Bos yang baik
menyediakan alat, sumber dan sokongan yang diperlukan pekerja untuk menjalankan
tugas mereka dengan baik.
4.Kepimpinan yang
Berinspirasi
Mereka menjadi
contoh yang baik, mempunyai visi yang jelas dan mampu menginspirasi serta
memotivasi pekerja untuk mencapai matlamat bersama.
Bos yang baik
bukan sahaja memikirkan masalah tetapi berusaha mencari penyelesaian.
Tidak menuding
jari kepada pekerja bawahan semata-mata tetapi mengambil tanggungjawab bersama.
5.Adil dan Telus
Bos sentiasa
berlaku adil terhadap semua pekerja tanpa diskriminasi dan menjaga integriti
dalam pengambilan keputusan serta polisi syarikat.
Sikap berat
sebelah tidak boleh diamalkan kerana ia hanya merugikan syarikat.
Bina hubungan
baik dengan semua pekerja.
Semua pekerja adalah
orang penting dalam syarikat.
6.Mengutamakan
Kesejahteraan Pekerja
Bos yang baik
mengambil berat tentang kesejahteraan fizikal dan mental pekerja termasuk
menyediakan persekitaran kerja yang sihat serta mewujudkan program
kesejahteraan pekerja.
7.Fleksibiliti
Bos memahami
keperluan peribadi pekerja dan memberikan fleksibiliti atau keluwesan.Contohnya
dalam hal waktu kerja atau polisi kerja jarak jauh.
8.Memberikan
Peluang Memajukan Kerjaya.
Mereka
menyediakan peluang bagi pekerja untuk berkembang dan maju dalam kerjaya seperti
latihan, bengkel, dan peluang kenaikan pangkat.
9.Mewujudkan
Persekitaran Kerja yang Positif
Bos mewujudkan
persekitaran kerja yang menyeronokkan dan positif.Pekerja merasa dihargai dan
selesa dengan tugas yang diamanahkan.
10.Tanggungjawab
Sosial dan Etika
Bos yang baik
juga memiliki tanggungjawab sosial dan beroperasi dengan standard etika yang
tinggi, memberikan contoh kepada pekerja tentang pentingnya integriti dan
tanggungjawab.
11.Menjadi pendengar
yang baik dan aktif
Seorang bos perlu
menjadi pendengar yang baik dan aktif.
Mendengar dari
orang bawahan bukan bermaksud menurut sahaja apa yang disampaikan oleh pekerja
tetapi bijak menapis maklumat yang baik untuk syarikat.
Kemudian mengambil
tindakan proaktif sekiranya perlu kepada penambahbaikan dalam organisasi.
Majikan yang mempunyai ciri-ciri tersebut cenderung mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, harmoni dan bersemangat tinggi menguntungkan syarikat dan pekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan