Petikan dari The Art of War oleh Sun Tzu yang berbunyi jika anda mengenali musuh dan mengenali diri anda, anda tidak perlu takut dengan keputusan seratus pertempuran.
Jika anda mengenali diri anda tetapi bukan
musuh, untuk setiap kemenangan yang diperoleh anda juga akan mengalami
kekalahan.
Jika
anda tidak mengenali musuh mahupun diri anda sendiri, anda akan tunduk dalam
setiap pertempuran .
Sebagai pemimpin organisasi sebelum kita
kenali musuh,mari kenali musuh dalam diri anda sendiri.Ia adalah nasihat yang
sering dikaitkan dengan strategi dan pembangunan diri.
Ungkapan ini
menekankan kepentingan mengenal pasti kelemahan diri sendiri yang boleh menghalang mencapai
matlamat kita dan organisasi.
Berikut adalah beberapa
aspek penting yang boleh kita atasi musuh dalaman kita sendiri.
1.Kesedaran
Diri
Langkah pertama
ialah kita harus mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Ini termasuk
mengenali emosi, pola pemikiran, tabiat, dan reaksi kita terhadap situasi
tertentu sama ada dalam keadaan tenang atau sukar.
Faktor ini
sangat mempengaruhi kita dalam mengurus organisasi.
2.Tabiat
Negatif
Kita perlu mengenal
pasti tabiat buruk yang boleh merosakkan produktiviti atau kesejahteraan mental
dan organisasi. Ini termasuklah sikap suka bertangguh, ego,tidak yakin diri
sendiri,tidak menepati masa,suka berjanji tapi tidak pernah ditepati, pola
pemikiran yang pesimif dengan melihat
isu secara negatif,suka menyalahkan orang lain sedangkan kita tidak berbuat apa-apa.
Mengabaikan
kesihatan dengan tidak bersenam atau makan tidak mengikut peraturan.Tidak
pernah meluangkan masa rehat untuk diri sendiri juga tabiat negatif yang perlu
dielakkan.
3.Ketakutan dan
Keraguan
Kita harus mengenali
ketakutan dan keraguan yang mungkin menghalang tindakan atau keputusan yang
dilakukan. Contohnya takut gagal atau takut keputusan yang
dibuat itu ditolak.
Dalam menguruskan organisasi ingatlah keputusan
mesti dibuat walaupun kadang-kadang keputusan yang dibuat salah dan merugikan.Itu
lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa yang akhirnya merugikan organisasi
secara keseluruhannya.
4.Pencetus Emosi
Selain itu anda harus mengetahui punca yang
mencetuskan emosi negatif seperti marah, sedih, atau kecewa.Dari situ kita
belajar cara menguruskannya dengan lebih baik.
5.Pembangunan
Diri
Selepas
mengenali kelemahan dan musuh dalaman langkah seterusnya adalah membangunkan
strategi untuk mengatasinya. Ini boleh dilakukan melalui latihan terapi minda,menghadiri
seminar atau kursus kepimpinan diri,membaca buku pembangunan diri dan
organisasi atau berkongsi pandangan dengan mentor.
Dengan memahami musuh dalaman, kita boleh
menjadi lebih sedar dan proaktif dalam mengatasinya, seterusnya dapat mencapai
potensi penuh dan hidup dengan lebih bahagia serta bermakna sekali gus mampu mengurus
organisasi dengan lebih cemerlang.
Jika anda tahu diri anda,
kekuatan anda sendiri,
kelemahan anda sendiri,
pilihan anda sendiri,
sifat anda sendiri,
ia adalah separuh daripada kemenangan.
Baca lagi percaya pada diri sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan