Seorang pengurus dalam organisasi atau syarikat perlu tahu dan ambil tahu tentang perkembangan teknologi semasa.
Kemajuan teknologi yang dimanfatkan dengan
betul dan berkesan akan memberi faedah yang besar kepada kemajuan organisasi
dan keuntungan Syarikat.
Apa itu IoT ?
Istilah IoT, atau Internet of Things.
Ia merujuk kepada pelbagai peranti(sensor)
yang disambungkan dengan internet.
Istilah
IoT merujuk kepada alat yang mempunyai hubungan(mengumpul dan berkongsi data)
dengan internet dan berkomunikasi dalam rangkaian tanpa bantuan manusia(teknologi
pintar)
Internet of Things
menjadikan dunia sekeliling lebih pintar dan responsif melalui gabungan digital
dan persekitaran fizikal.
Contoh
alat atau peranti Internet of Things
Secara
teorinya, semua objek fizikal boleh ditukar menjadi alat IoT jika boleh
dihubungkan kepada internet untuk dikawal atau berhubung dengan maklumat.
Contoh,
set televisyen boleh dihidupkan
menggunakan aplikasi telefon pintar adalah alat IoT.
Begitu
juga dengan sensor pergerakan yang dipasang pada tangga eskalator di pasar raya.
Tangga
eskalator akan bergerak apabila sensor mengesan pergerakan objek di hadapannya.
Begitu
juga jam tangan pintar atau gelang kecergasan yang anda pakai adalah alat
IoT.
IoT
boleh digunakan kepada objek mudah
seperti permainan kanak-kanak atau objek sukar seperti kereta tanpa
pemandu.
Kenapa IoT ?
Internet of Things (IoT) adalah konsep bagaimana
objek fizikal atau peranti harian disambungkan ke internet dan berkomunikasi
untuk bertukar data secara real-time.
Terdapat beberapa sebab mengapa IoT menjadi
semakin popular dan digunakan oleh pelbagai industri.
Berikut adalah beberapa sebab utama IoT semakin
popular:
1.Kemudahan Kawalan dan Pemantauan
Dengan IoT, peranti boleh di akses, di pantau,di
selia dan dikawal dari jarak jauh melalui internet.
Ini memberikan fleksibiliti dan kemudahan
kawalan yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Bahkan ia mampu menjimatkan kos operasi dan
overhead syarikat.
2.Kecekapan Operasi
IoT membolehkan pengumpulan data secara
automatik dari pelbagai peranti.
Data ini boleh dianalisis untuk mendapatkan unjuran
dan jangkaan yang lebih baik tentang operasi perniagaan yang dapat membantu
meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat.
3.Peningkatan Kualiti Hidup
Di rumah dan di pejabat, IoT boleh digunakan
untuk meningkatkan keselesaan dan kualiti hidup.
Contohnya termasuk sistem pintar untuk mengawal
suhu, pencahayaan, keselamatan, dan pengurusan tenaga.
4.Inovasi Produk dan Perkhidmatan
Syarikat boleh mengembangkan produk dan
perkhidmatan baru berdasarkan IoT, mencipta peluang inovasi yang lebih besar.
Ini termasuk dari kawalan kenderaan tanpa
pemandu hingga penjagaan kesihatan berdasarkan IoT.
5.Penjimatan Tenaga
IoT boleh digunakan untuk mengoptimumkan
penggunaan tenaga dengan mengawal dan memantau peranti elektronik dan sistem
utiliti secara bijak.
Ini dapat membantu mengurangkan penggunaan
tenaga secara keseluruhan.
6.Capaian Dan Sambungan Internet
Yang Meluas
Liputan rangkaian internet yang meluas dan
peningkatan teknologi tanpa wayar(Wifi) menyebabkan sambungan antara peranti
semakin mudah dilakukan.
Ini membuka peluang untuk mencipta ekosistem
yang lebih meluas.
7.Big Data dan Analisis Data yang Tepat.
IoT mengumpulkan banyak data (Big Data) yang
boleh dianalisis untuk mendapatkan unjuran yang lebih baik tentang tingkah laku
pengguna, prestasi peranti dan trend pasaran.
Analisis data ini dapat digunakan untuk membuat
keputusan yang lebih tepat,cepat dan berkesan.
8.Perkembangan Revolusi Industri 4.0
Konsep Industri 4.0 mendorong integrasi IoT dan AI((Artificial Intelligence)dalam
proses pengeluaran dan rantaian bekalan, meningkatkan kecekapan dan kaedah
pemprosesan yang lebih sistematik dalam pelbagai sektor industri.
Teknologi AI membolehkan keputusan dilakukan
oleh sistem alogaritma dan memudahkan tugas
yang sukar dilakukan oleh manusia.
9.Tahap Keselamatan Yang Tinggi.
IoT juga boleh digunakan untuk meningkatkan tahap
keselamatan yang lebih cekap dan berkesan di rumah atau dalam persekitaran
industri.
Contohnya, sensor kebakaran atau keselamatan
boleh memberikan amaran awal dan respon cepat supaya tindakan segera dapat
dilakukan.
Walaupun IoT menawarkan pelbagai manfaat, kita juga
perlu memberi perhatian serius kepada cabaran sampingan seperti isu privasi(peribadi),keselamatan data(pencerobohan data peribadi), kebolehcapaian dan keupayaan antara
peranti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan