Pengarang Michael Timms dalam artikelnya bertajuk ‘Blame Culture is Toxic’ menulis dengan menyalahkan individu terhadap masalah yang berlaku dalam organisasi boleh mengurangkan akauntabiliti anda dan ahli pasukan anda.
Apabila anda
terus menyalahkan ahli pasukan tanpa membuat analisis dan diognosis serta teknik
berkomunikasi yang kurang bijak menyebabkan anda dilihat sebagai pemimpin yang
tidak berkesan dalam mengurus organisasi.
Jika berlaku
suatu masalah dalam organisasi seperti :
1.Tugasan
tidak dapat disiapkan pada tarikh akhir (due date)
2.Matlamat
organisasi tidak tercapai
3.Peningkatan
kos operasi, tiada penjimatan.
5.Pembaziran
sumber berlaku sedangkan perkhidmatan yang ditawarkan merosot
Bertenang.Jangan ambil keputusan terus menyalahkan individu terlibat.
Sebaliknya ambil pendekatan
secara sistematik untuk menyelesaikan masalah.Ia bermaksud anda mempertimbangkan
masalah secara keseluruhan, bukan sebahagian.
Daripada bertanya
siapa yang bersalah, pemimpin yang hebat akan bertanya di mana proses itu rosak
atau perlu dibuat penambahbaikan.
Timm menggunakan contoh ini:
Jika salah seorang ahli pasukan anda secara tidak sengaja memadamkan templat tinjauan, jangan cepat menyalahkan mereka.
Sebaliknya, galakkan semua orang dalam pasukan untuk memikirkan
apa yang menyebabkan masalah itu berlaku.
Apabila anda melakukan teknik sumbang saran(brain storming) dalam kalangan semua ahli organisasi, anda mungkin menyedari bahawa tiada protokol keselamatan disediakan untuk melindungi templat dan fail.
Penyelesaian mudah adalah dengan membuat folder khas untuk menyimpan
salinan semua templat dan diselia oleh individu atau pasukan khas.
Mencari kaedah cara untuk mengelakkan kesilapan,
daripada memalukan rakan sekerja dan rakan sebaya sangat membantu dalam meletakkan
kepercayaan kepada pasukan anda berbanding ketakutan atau penghinaan akibat
melakukan kesilapan.
Sudah tentu semangat bekerja dalam satu pasukan akan
menjadi lebih kuat sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam
organisasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan