Isnin, 20 Jun 2022

Teknik Menguruskan Masa Pomodoro


Anda mengalami isu pembaziran masa. Anda adalah boss untuk diri anda sendiri.Ingat 
Boss is u.Hanya anda yang boleh mengubah diri anda. Dengan sedikit nasihat atau panduan dari orang lain yang boleh memotivasikan anda.

Kenapa kita tak gunakan Teknik Pomodoro.

Ia adalah kaedah pengurusan masa yang popular yang dicipta oleh  Francesco Cirillo bekas seorang pelajar kolej berbangsa Itali.

Dia menulis, "Saya mendapati bahawa anda boleh belajar bagaimana untuk meningkatkan produktiviti anda dan lebih mampu untuk menganggarkan berapa lama tugas akan diambil untuk diselesaikan dengan merekodkan cara anda menggunakan masa anda."

 

Teknik Pomodoro ialah sistem pengurusan masa yang menggalakkan orang ramai untuk bekerja dengan masa yang mereka ada.Dengan menggunakan kaedah ini, anda memecahkan hari kerja anda kepada bahagian 25 minit yang dipisahkan oleh rehat lima minit. Selang ini dirujuk sebagai pomodoros. Selepas kira-kira empat pomodoro, anda berehat lebih lama kira-kira 15 hingga 20 minit.

 

Objektif Teknik Pomodoro

1.Membantu anda meningkatkan fokus terhadap kerja yang dilakukan dan meningkatkan produktiviti.

2.Mengenal pasti teknik baharu untuk menangani dengan bijak (work smart)senarai tugasan anda yang tidak pernah berakhir.

 


Teknik Pomodoro berfungsi seperti ini:

1.Tentukan apa yang anda ingin capai.

2.Anggarkan berapa lama anda akan belajar atau melakukan kerja tersebut.

3.Kemudian pecahkan waktu belajar atau kerja anda menjadi POMODOROS.

4.Tetapkan TIMER  POMODORO selama 25 minit, dan mula belajar.

5.Kurangkan gangguan sekeliling anda semasa selang pomodoro.

6.Selepas 25 minit ambil rehat 5-10 minit yang singkat.

7.Ulang kembali studi atau kerja anda.

Kesimpulan

Teknik ini sesuai untuk anda yang melakukan kerja-kerja di hadapan komputer, mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tesis , kertas projek dan  lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan