1.SMART ialah singkatan yang digunakan untuk mengoptimumkan penetapan matlamat dalam organisasi.
S - Specific - Perincikan matlamat anda dengan jelas.
M - Measurable - Boleh diukur. _Kriteria khusus digunakan untuk ukur pencapaian matlamat.
A - Achievable - Boleh dicapai - Matlamat boleh dicapai berpandukan MASA,KOS,USAHA dan KAEDAH yang digunakan.
R - Relevant - Tools yang digunakan sesuai dengan matlamat strategik organisasi.
T - Time Bound - Ikut ketetapan masa - Matlamat perlu ada tarikh mula dan tarikh akhir.Tetapkan tarikh sasaran yang realistik dan fleksibel.
2.SMART adalah kriteria penetapan matlamat bantu anda meningkatkan peluang ahli pasukan mencapai sasaran organisasi.
3.Salah satu cara terbaik untuk mengekalkan motivasi, memberikan maklum balas berterusan dan menghubungkan kerja individu dengan objektif organisasi.
4.Kita perlu SMART dalam pengurusan projek,kempen pemasaran,pengurusan prestasi pekerja dan pembangunan kakitangan.
5.Matlamat SMART adalah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan dibatasi masa.
6.Matlamat anda harus jelas dan khusus,Anda wajib menulis atau menyatakannya dengan cara yang boleh difahami oleh sesiapa sahaja.(S)
7.Fikirkan kaedah yang akan anda gunakan untuk menilai sama ada anda telah mencapai matlamat.yang dapat diukur (seperti jualan, pendapatan atau bilangan pengunjung tapak web) yang diukur secara objektif (seperti kuantiti, kualiti atau kos). Kaedah ini akan dilaporkan dalam angka, peratusan atau skala binari (ya atau tidak).(M)
8.Harus realistik. Tetapkan matlamat yang dapat dilaksanakan oleh anda dan pasukan anda dengan sumber yang ada.(A)
9.Pastikan matlamat anda selari dengan strategi perniagaan anda yang lebih padu.(R)
10.Matlamat anda harus mempunyai tarikh mula dan akhir. Ini akan membantu anda mencapai matlamat sebelum tarikh akhir tertentu dan menjejak pencapaiannya.(T)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan