Khamis, 23 Jun 2022

Pengurusan Disiplin

Ramai orang keliru tentang konsep jujur dan integriti.

Ia berkait rapat dengan disiplin.

Disiplin bukan sekadar satu sekatan atau peraturan.

Ini tidak boleh, itu tidak boleh.

Tetapi kehidupan anda amat bergantung kepada disiplin.

Kemampuan mengawal diri dalam kehidupan, berhadapan dengan isu-isu mencabar 

Di sinilah keperluan disiplin.

Sebab itulah berlaku salah faham tentap konsep disiplin.

Kenapa perlu disiplin ?

1.Disiplin membantu kita menyelesaikan kerja mengikut tempoh yang ditetapkan(Due date). Dengan disiplin kita tidak akan menangguhkan kerja atau tugasan yang diberi.

2.Displin mengajar kita tentang keperluan dan formula bangkit dari kegagalan.Ramai yang gagal dalam hidup.Tetapi sekali gagal bukan bermakna hidup anda telah tamat.Anda boleh menempa kejayaan seterusnya dengan syarat anda berdisiplin.

Disiplin bukan bermaksud anda terikat dengan peraturan yang yang anda ciptakan sendiri tetapi hidup anda akan lebih teratur.Anda tahu apa yang baik untuk anda.Anda tahu apa yang perlu anda lakukan untuk berjaya.Anda tahu bila perlu bertindak dan bagaimana hendak melakukannya untuk kebaikan diri anda.Jadi amalkan disiplin dalam kehidupan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan