Isnin, 27 Jun 2022

Cerita Aib Sendiri

Kisah seorang lelaki miskin menjual gula merah. yg dibuat isterinya ke bandar.Isterinya selalu membuat gula merah dengan bentuk bulat dan beratnya 1 kg.

Dia selalu jual gula merah itu ke salah satu kedai tempat dia membeli barangan keperluan harian mereka.
Pemilik kedai itu curiga dengan berat gula merah itu. dan dia pun menimbangnya.Ternyata beratnya tidak sampai 1kg, hanya 900 gram.
Kerana terlalu marah dadanya terasa seperti mahu meledak. "Jadi selama ini dia membohongiku". Berapa banyak kerugian yg aku alami. Dasaarr Penipu !” teriaknya dalam hati.
Kebetulan petang hari itu lelaki miskin datang lagi ke kedai itu dengan membawa gula merahnya. Kamu telah menipu saya!
Kamu beritahu gula merah ini 1 Kg ternyata hanya 900 Gram saja” teriak pemilik kedai itu dengan marah. Lelaki miskin itu menundukkan kepalanya dan berkata:
“ Kami orang miskin. Kami tidak punya timbangan di rumah. jadi
kami membeli beras di kedai tuan seberat 1 kg dan itulah yg kami jadikan timbangan untuk menimbang gula merah”
Pemilik kedai terdiam dan merasa sangat malu kerana seakan meludah ke langit. Terkadang kita terlalu mudah & cepat menghukum orang lain bersalah.
Padahal sumber masalah itu ada pada diri kita sendiri. Kita sering nampak salah orang. Salah sendiri kita kaburkan. Nauzubillah
Semoga kita semua dpt mengambil iktibar dr kisah ini dlm menjalani tugas harian sebagai pekerja yang berkualiti dan produktif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan