Rabu, 22 September 2010

Cara Buat Pengiraan Beli Kereta

Ilmu ini cukup berguna kepada anda yang baru melangkah ke alam pekerjaan.Sebelum anda membeli kereta baru dan terpakai , alangkah baiknya anda membuat pengiraan sendiri dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.Sila Rujuk jadual di bawah.

Jika Alisa membeli kereta bernilai RM50,000, lazimnya dia perlu membayar bayaran  muka sebanyak 10% atau RM5,000. Ini kerana kebanyakan institusi kewangan hanya akan memberi anda pinjaman setakat  90%  (malah ada institusi yang sanggup memberi pinjaman sehingga 100%!) Seterusnya anda perlu menentukan tempoh bagi pinjaman  – biasanya, 3, 5, 7 tahun ataupun sehingga 9 tahun. Selepas ini, institusi kewangan akan menetapkan kadar faedah berdasarkan tempoh ini. (Lazimnya, kos pembiayaan kereta lama akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kereta baru.) Mari kita buat andaian bahawa Alisa memilih pinjaman bagi tempoh 5 tahun pada kadar faedah 3.5% setahun. Bayaran ansuran bulanannya akan dihitung seperti berikut:
Sumber : AKPK

Maklumat lanjut anda layari Laman Web AKPK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan