Rabu, 22 September 2010

Baru Seminggu Duit Gaji Habis

Bagi anda yang bekerja makan gaji, pernahkan anda menghadapi situasi 
begini ? Di manakah silapnya.Kata pepatah Inggeris Fail To Plan Is Planning To Fail.Maksudnya sekiranya kita gagal merancang , kita sebenarnya merancang untuk gagal.Hakikatnya itu kebenaran yang perlu kita terima.Kita sebenarnya perlu merancang pengurusan kewangan kita.

Berikut beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.

1. Rancang dengan teliti apa yang ingin dibeli.

2.Berbelanjalah secara berhemah dan sederhana.

3.Catat perbelanjaan harian dalam buku supaya anda mengetahui aliran wang masuk dan keluar.

4.Beli barang keperluan harian secara pukal(Stok untuk sebulan.Contohnya gula,tepung dll)kerana ia dapat   menjimatkan minyak kereta anda(Wang) daripada berulang-alik ke pasar raya hanya kerana hendak membeli sebungkus gula atau setin sardin.

5.Berdisiplin,mengamalkan pengurusan kewangan berhemah.

Ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman penulis sendiri.

Maklumat lanjut,tentang pengurusan kewangan, anda boleh layari laman web akpk.org.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan