Jumaat, 17 September 2010

Cara Berjaya Di Tempat Kerja -Part 1

Apakah bakat anda dihargai ? Adakah anda berada dalam alam pekerjaan yang membolehkan anda mengembangkan kerjaya anda ?

Berikut beberapa cara bagaimana anda boleh mengembangkan potensi diri anda di tempat kerja.

Kenali Diri Sendiri.

Jika  ingin berjaya di tempat kerja, anda seharusnya memahami diri anda sendiri.Kenal pasti kekuatan dan kelemahan yang anda miliki.Gilapkan kekuatan dan bakat yang kita miliki sepenuhnya.Uruskan kelemahan kita dengan membuat beberapa tindakan yang sewajarnya.Jangan biarkan kelemahan diri menguasai diri dan membentuk tembok penghalang untuk terus berjaya.

Tetapkan Matlamat.

Setiap orang memiliki matlamat dalam hidup sama ada dalam kehidupan secara profesional mahupun bersifat peribadi.Jika anda ingin berjaya dalam karier , anda harus menetapkan  matlamat anda yang boleh diukur  secara mingguan , bulanan atau tahunan.Apa yang ingin dicapai dalam masa seminggu, sebulan dan setahun.Jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan maka anda tiada matlamat dan tidak akan pernah tahu bila anda telah mendapatkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan