1. Beli barang dengan harga borong/pukal
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau mana-mana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah.Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat baucer percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan.Kalau beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !
2. Beli barangan second hand @ lelong murah
Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang jauh lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu anda juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku second hand termasuklah di www.lelong.com.my Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi, meja atau barangan bukan elektrik. Kalau mcm laptop, pda, phone tu boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand tapi kena berhati-hati dan teliti.
3. Musim Promosi & Megasale
Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi.
4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode
Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.
Bagi mereka yang nak buat bisnes part time di samping jimat duit prepaid boleh juga try Bisnes MyMode. Jika anda student IPT atau kolej ia boleh menjadikan anda kedai topup bergerak yang paling efisien. Malah anda boleh beli pakej italk dengan guna sistem mudah sms MyMode berbila masa saja tanpa susah payah jumpa tokei kedai.MyMode satu-satunya company jual topup yang dapat menyakinkan pihak Maybank utk meletakkan fungsi beli point mymode di ATM Maybank seluruh Malaysia. Ini satu kelebihan yang cukup istimewa bagi mereka.Jom Join My Mode DI SINI.
5. Kitar Semula / Recycle
Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.
Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih
bersih.
6. Gunakan banyak Member/Privillege Card
Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan
hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.
Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing yang ada nilai.
7. Beriadah di tempat awam
Kalau bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kena bijak gunakannya
saja.
Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung minggu,
di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.
8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan
Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat. Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi. Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda kaya.
9. Kurangkan makan di fast food restaurant
Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang
pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.
Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak
kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol didapati tinggi di dalam badan.
Sehubungan itu berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.
10. Masak & Makan di rumah
Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun
segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang
boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.
11. Rancang perjalanan & jimat petrol
Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam menggunakan
kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas
perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya memana.
Jika keluar hujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalau sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.
12. Semak bil utiliti bulanan anda
Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.
Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, better
buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup walau
tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula.Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut lama-lama.
13. Jimat letrik & air
Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalo nak
jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat² pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung minggu.
Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggunaan
sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap hari.
Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena pastikan
kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang terbuka.
Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik lebih banyak.
Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan. Monitor CRT lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.
14. Kelebihan PruBSN Takaful Medical Card
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku
kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Contohnya saya dapatkan PruBSN Takaful Medical Card yang boleh digunakan
banyak di hospital seluruh Malaysia termasuk tip top medical center
seperti Gleneagles Hospital, Ampang Putri, Damansara Specialist
Center dan sebagainya.
Dengan hanya memperuntukkan sebanyak R100 atau RM150 sebulan anda mendapat pampasan sebanyak RM24,000 hingga RM150,000 sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian yang tak dingini. Ia sebenarnya suatu nilai yang jauh lebih menguntungkan !
Jika anda mengambil juga plan Takaful Saver ini bermakna anda mendapat peluang pelaburan yang boleh di’cash’kan pada tahun yang ke-7 … Di samping menyimpan turut mendapat perlindungan. Ini satu peluang yang lebih nilai untuk wang anda !KALAU NAK TAHU LEBIH,CALL NAZ 0123055557
15. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’
Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna
boleh lelong atau jualnya di memana online auction. Contohnya macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga
starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my ..
Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja
eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak
merugikan malah menguntungkan lagi.
16. Guna Kad Kredit dengan Bijak
Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenangi peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam Ambank at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan.
17. Beli domain & hosting masa promosi
Masa saya menulis ebook ini promosi masih berlangsung di www.cgyhost.net iaitu salah satu provider yang sedang meningkatnnaik di Malaysia.
Bayangkan domain harga serendah RM25 masa promosi yang mana anda diberi domain panel untuk point kepada mana-mana hosting server yang telah anda pilih. Anda juga boleh beli di namecheap.com dengan search namecheap coupon untuk mendapatkan kupon harga terendah.
18. Dial Up vs Broadband @ Streamyx
Bagi anda yang selalu online dan sentiasa gunakan Internet maka pilihan terbaik adalah guna Streamyx @ broadband berbanding dial up. Jika anda terpaksa membayar beratus ringgit sebulan untuk akses Internet, eloklah fikirkan pakej Streamyx RM77 sebulan dengan akses 24 jam tanpa henti. Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan jika buat Ebiz part time. Malah boleh dapatkan pelbagai free stuff yang ada di RahsiaEbiz, TotallyFreebie , SassySue.Com dan banyak lagi...
19. Bayar Bil Online
Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan
melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank
Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.
20. Berhenti Merokok
Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain. Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalau setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri anda. Jika nak berhenti boleh dapatkan ebook free How To Stop Smoking di RahsiaEbiz.Com
Kesimpulan
Hakikatnya ada banyak lagi cara untuk jimatkan duit anda daripada membazir.
Sumber : telatah.com
tq 4 sharing good info
BalasPadam