Isnin, 22 Mei 2023

Stage Manager (Pengurus Pentas)

 Stage Manager (Pengurus Pentas)

Tanggungjawab Stage Manager memastikan persembahan di atas pentas berjalan lancar.

Tanggungjawab anda menghubungkan semua unit atau krew terlibat sebelum,semasa dan selepas persembahan.

Anda juga harus bekerjasama dengan unit dokumentasi bagi memastikan rakaman video dan fotografi lebih berkualiti.

Antara fungsi penting Stage Manager :

1.Memastikan peserta bersedia  untuk muncul di atas pentas.

2. Bekerjasama dengan unit atau krew lain agar pertunjukan di atas pentas berjalan dengan lancar.

3.Bertanggung jawab atas semua perkara yang berlaku di atas pentas.

4.Memastikan semua elemen di atas pentas adalah yang terbaik.

5.Menyelesaikan masalah umum yang berlaku ketika pertunjukan baru bermula.

6.Menjadi penghubung komunikasi antara team produksi dengan team prop.

7.Bertanggungjawab atas proses audition.

8.Menyiapkan dan melaksanakan proses raptai dan Latihan.

9.Membuat dan menyiapkan prompt book dan menggunakannya dalam latihan

10.Memperhatikan dengan baik keselamatan dan kesihatan artis ketika latihan berlangsung sehingga ke acara pentas bermula.

11.Mengendalikan semua tahap dan membantu hingga pertunjukan selesai

12.Mengendalikan latihan teknikal.

13.Memantau pelbagai hal yang masih berkaitan dengan kebajikan krew, mulai dari makan, waktu rehat yang mencukupi dan sebagainya.

14.Menjalankan dan menuliskan isyarat semasa Latihan sebelum acara sebenar bermula.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan