Jumaat, 19 Mei 2023

Kepentingan Job Description (JD)

Job Description (JD) merupakan dokumen yang menjelaskan pewujudan sesuatu jawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi.

Ini selaras dengan objektif sesuatu jawatan yang secara prinsipnya diwujudkan berdasarkan kadar upah untuk kerja (rate for the job).

Akauntabiliti yang jelas dan spesifik dapat membantu penyandang menjalankan tugas dengan lebih efektif, setara dengan gred jawatan yang diperuntukkan.

JD dapat membantu untuk menterjemahkan hasil daripada tugas tertentu dengan lebih jelas bertepatan dengan objektif penubuhan sesebuah agensi.

Huraian kerja membantu mengenal pasti kemahiran atau kebolehan tertentu yang diperlukan untuk sesuatu jawatan.Penerangan kerja yang baik memberitahu pemohon tentang jawatan yang mungkin diperlukan sesuai dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan