Selasa, 4 April 2023

Kemahiran Pengucapan Awam

Berucap di hadapan audien yang ramai memerlukan ketrampilan untuk berucap.

Ia sebenarnya satu kemahiran yang boleh dipelajari,bukan diterima secara warisan dari keluarga.

Semua orang boleh memiliki kemahiran berucap dengan berkesan.

Bagaimanakah cara menyampaikan ucapan dengan berkesan.

Prinsip asas pengucapan awam.

1.Inventio (Pengumpulan maklumat - Information  gathering)

kita perlu memiliki kemahiran mengumpul maklumat.Ia adalah kemahiran utama.kita perlu ingat tunjang pengucapan awam adalah isi ucapan.

Kebijaksanaan orang yang berucap terlihat kepada isi ucapannya. 

Kita perlu tahu cara mencari isi ucapan.Tiada jalan pintas.Pengucap awam yang berkesan perlu banyak membaca buku,majalah,akhbar, artikel dan lain-lain yang berkaitan dengan perkara yang ingin diucapkan.Ini termasuklah data,fakta dan petikan yang berkaitan.Dengan membaca penguasaan bahasa pengucap lebih baik serta susunan perkataan lebih rapi.Banyak cara untuk mengumpul maklumat melalui majlis ilmu seperti seminar,konvensyen,forum,kolokium,bengkel,kuliah agama,khutbah Jumaat,diskusi,pemerhatian(observation) dan lain-lain.Kita perlu ingat audien mudah tertarik kepada maklumat baru.

2.Dispositio (penyusunan-organisation)

Pengumpulan maklumat perlu disusun.Ucapan ibarat komponen tubuh manusia -kepala ,badan, kaki.

Pengenalan,isi ucapan dan penutup.


3.Memoria(penghafalan-Memorize)

Bukan hafal teks atau perkataan demi perkataan.Lebih kepada menguasai isi ucapan.Apa yang ingin diperkatakan.Baca teks perlu kepada ketepatan fakta dan data.Contohnya pembentangan belanjawan.Bawa nota.idea utama dan pecahan isi.Petikan perlu ketepatan.Contoh hanya perlu sebut.Pengucap dilihat menguasai isi bukan menghafal teks atau perkataan demi perkataan.Pengucap tidak digalakkan menghafal tetapi menguasai isi.Tulis dalam buku nota bukan lembaran kertas atau menggunakan tab atau laptop atau teleprompter.


4.Elocutio (Gaya bahasa - language) 

Bahasa paling sesuai untuk berucap adalah bahasa khalayak(orang yang mendengar)Ingat objektif ucapan terletak kepada audien .Bicaralah kepada manusia mengikut kadar kecerdasan akal masing-masing(Keupayaan penggarapan bahasa)Jangan gunakan bahasa yang terlalu tinggi dan pelik.Gunakan istilah pinjaman sekiranya tiada pilihan.Berilah takrif atau contoh supaya audien faham.Barulah mesej mampu difahami pendengar.Ringkasnya pengucap yang berkesan berucap dalam bahasa yang mudah difahami audiennya.


4.Pronuntiatio (penyampaian -delivery) 

Ucapan yang memiliki isi yang bagus,sistematik,gaya bahasa yang dirancang dengan rapi perlu seiring dengan pengawalan suara.Aset terpenting pengucap ialah suara.Kualiti suara pengucap terkawal.Begitu juga dengan bahasa badan, penampilan gaya pergerakan,mimik muka dan lain-lain.Pengucapan awam juga berkaitan perkara teknikal dengan menggunakan alat bantu (Power point Slaid) hanya keyword bukan ayat dalam satu perenggan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan