1.Kualiti seorang pemimpin yang hebat bergantung pada organisasi yang dipimpinnya, pekerjaan yang dilakukan serta integriti pemimpin itu sendiri.
2.Pemimpin hebat wajib memiliki sifat jujur dan moral
yang tinggi yang membolehkan mereka memimpin organisasi ketika melalui situasi
yang sukar.
3.Pemimpin
walk-the-talk berusaha menyediakan pekerja mereka dengan ilitzam dan tindakan
untuk meningkatkan prestasi mereka kerana ahli organisasi masih
memerlukan sokongan pemimpin semasa situasi sukar.
4.Pemimpin yang
baik,cekap dan berkesan ialah mereka yang bekerja di belakang tabir dan
membimbing pekerja tentang cara bekerja dengan betul serta berintegriti.
5.Seorang pemimpin
‘kata dikota’( walk-the-talk ) mendengar
secara aktif pandangan orang bawahannya.Beliau menggunakan konsep ' pintu
terbuka ' dan 'buka telinga' bahkan berlapang dada bagi mendengar cadangan penambahbaikan organisasi dengan semua ahli
organisasi dari semua peringkat dan
berusaha mengurangkan karenah birokrasi.
6.Pemimpin memerlukan
pasukan.Jika kita ingin menjadi pemimpin yang berintegriti, pimpin pasukan melalui
teladan dan kongsi aspirasi kepimpinan anda dengan pasukan anda. Beritahu
mereka visi anda dengan gaya kepimpinan anda, ingatkan mereka untuk sentiasa
menyedarinya serta hubungi anda jika ahli pasukan anda tersasar daripada
matlamat organisasi. Menggunakan gabungan pengetahuan rakan sepasukan anda
untuk membantu mengembangkan falsafah anda ialah kepimpinan dalam tindakan.
7.‘Rom tidak dibina dalam satu malam’.Pegang falsafah ini.Tiada siapa yang boleh mencapai matlamat
kepimpinannya dalam sekelip mata.Kita perlu realistik. Terlalu banyak komitmen
dan tiada perancangan yang betul adalah resipi kegagalan. Melaksanakan
falsafah dalam kehidupan harian sedikit demi sedikit ialah cara terbaik
untuk memastikan perubahan anda berkekalan.Ikut langkah demi
langkah. Ingat, perlahan dan sentiasa konsisten pasti anda akan menang.Bekerja
secara langkah demi langkah membolehkan seseorang mengelakkan perubahan yang
tidak terurus dalam kehidupan yang mungkin membebankan dan menyebabkan
keletihan. Tugas kita sebagai pemimpin adalah mendidik,memotivasikan dan memberi
inspirasi orang di sekeliling kita dengan cara yang mereka rasa dihargai, sentiasa
ada cabaran dan memenuhi tuntutan kerjaya pada masa yang sama.
8.Pemimpin terbaik sentiasa memberi inspirasi,memotivasikan dan melibatkan diri dengan pekerja Ini ditunjukkan dalam cara pekerja dilayan dan dijaga oleh pemimpin yang berjiwa rakyat, yang telah terbukti meningkatkan prestasi dan membawa kepada hasil organisasi.
10.Pemimpin hebat sentiasa membuat refleksi kendiri dengan bertanyakan soalan apakah yang beliau lakukan setiap hari untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja?
11.Pekerja hari ini mahu melihat pemimpin mereka bertindak serta memimpin melalui teladan. Pemikiran dan amalan kepimpinan dan pengurusan telah berubah secara drastik dari semasa ke semasa.Amalan pengurusan inovatif yang menarik hati dan minda pekerja apa jua generasi, sebenarnya lahir dari hati nurani yang bersih dan menggunakan akal secara bijaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan