Selasa, 3 Januari 2023

Fungsi Event Manager atau Pengurus Majlis

 


Sebelum majlis berlangsung.

 

1. Melihat dan menilai kepada jenis, saiz, lokasi majlis yang akan dijalankan.

2. Memahami format dan tema untuk majlis tersebut.

3. Mendapatkan maklumat jelas berkenaan objektif berkenaan majlis tersebut, daripada pelanggan.

4. Membuat perancangan "draft" bagi keperluan majlis tersebut.

5. Mencari lokasi yang sesuai untuk majlis, mengikut tarikh yang ditetapkan.

6. Menyenaraikan keperluan untuk penganjuran majlis tersebut.

7. Mendapatkan sebanyak mungkin quotation untuk keperluan majlis tersebut.

8. Membuat perancangan logistik, konten dan kewangan majlis tersebut.

9. Menyediakan unjuran kewangan berdasarkan quotation yang diterima.

10.Menyediakan beberapa pilihan untuk dibentangkan kepada pelanggan, berdasarkan buget yang disediakan.

11. Mendapatkan persetujuan pelanggan untuk perancangan yang disediakan.

 

Semasa  majlis berlangsung

 

1. Memberi taklimat kepada semua krew majlis yang terlibat.

2. Memastikan semua krew terlibat berada di lokasi masing-masing mengikut waktu yang telah ditetapkan.

3. Menguruskan majlis mengikut perancangan yang dibuat.

4. Memastikan majlis berjalan mengikut aturcara yang telah ditetapkan

5. Memastikan keperluan majils dipenuhi.

6. Menjadi event coordinator pada hari kejadian.

7. Memantau semua krew

8. Memastikan semua tetamu menerima layanan selayaknya.

9. Memastikan event berjalan lancar

10. Menguruskan kekangan atau cabaran yang hadir dengan membuat keputusan untuk  meneruskan acara.

 

Selepas majlis tamat

 

1. Menyediakan laporan event kepada pengurusan.

2. Menyediakan laporan kewangan event.

3. Memastikan dokumen kewangan lengkap dan di failkan dengan baik.

4. Menjaga hubungan baik dengan pelanggan.

 

*Kebanyakan daripada tugasan event manager adalah bersifat teknikal & memerlukan kemahiran merancang di samping melihat apa yang bakal berlaku sebelum, semasa dan selepas majlis berakhir.


Baca juga artikel berkaitan  Tugas Floor Manager 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan