MENGUASAI kemahiran merancang penting kepada seorang pekerja yang bertanggungjawab dan cekap.
Kemahiran merancang termasuklah:
1.Pengurusan
masa
2.Keutamaan
tumpuan mengikut keperluan dan kesesuaian
3.Pelaksanaan
tugas yang diamanahkan.
Tanpa perancangan teliti, berkesan dan sistematik, usaha serta matlamat yang ingin dicapai terjejas atau gagal disempurnakan, menyebabkan kerugian kepada organisasi.
Kepentingan kemahiran merancang :
1.Memudahkan pencapaian matlamat.
2.Aktiviti dijalankan dengan tersusun
3.Membuat penyelarasan dan pengagihan tugas.
4.Pengurusan masa secara cekap dan teratur.
5.Mengelakkan ketirisan atau pembaziran kewangan.
Kepentingan kemahiran merancang perlu
ditekankan kepada semua pekerja dalam organisasi terutama kepada ketua atau
pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan