Suatu hari saya ke Pejabat PXXX untuk membayar semua bil utiliti yang perlu dibayar setiap bulan.Pelanggan hari itu cukup ramai.Saya menekan butang nombor giliran.Tiket giliran saya menunjukkan angka 70.Saya sudah tahu berapa lama masa yang saya terpaksa ambil untuk berada di situ.Semasa termenung di situ(Amalan yang biasa dalam kalangan masyarakat kita)saya terfikir sesuatu.Kenapa saya tidak membayar semua bil secara online sahaja.Banyak bank yang telah menyediakan kemudahan pembayaran secara online.Antaranya CIMBclick dan Maybank2u dan lain-lain.Sudah tentu saya dapat menjimatkan masa ,minyak dan wang untuk membayar parking.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan