Jumaat, 25 Jun 2010

Sikap Suka Bertangguh


Entri hari ini pasal sikap suka bertangguh.Banyak orang memiliki sikap tersebut.Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang tidak suka bertangguh.Jadi sebagai renungan dan tindakan untuk berubah daripada sikap buruk ni , mari kita selidik kenapa ramai suka bertangguh.
  1. Tugasan tidak digemari.(Memang pun boring kalau tak kena dengan minat)
  2. Tugasan lebih.(Overloaded..buat diri jadi boring dan feed up)
  3. Jadual Tugasan tidak jelas.( Komunikasi gagal la ni...)
  4. Matlamat Tidak jelas. ( Bos tau nak siap...tapi kenapa tugasan itu penting ..tak diberitahu)
  5. Kecenderungan untuk lebih tumpuan( Sindrom Mr Perfect)
  6. Ketagih untuk mengasak. ( semua benda nak buat...akhirnya satu pun tak jadi)
  7. Takut gagal.( Ni kategori pengecut...)
  8. Takut pada perubahan ( Suka duduk dalam Zon Selesa)
Apa pun yang penting , kita tak boleh melewatkan tugasan , tetapi dalam masa yang sama kita tidak sepatutnya gopoh dalam urusan harian.Sepatutnya kita harus tahu bilakah masa yang terbaik untuk bertindak.

Adakalanya menangguh kerja diperlukan apabila kena strateginya.Misalnya seorang polis yang berhadapan dengan penjenayah yang menawan tebusan biasanya melengah-lengahkan keputusan dan tindakan kerana dia tahu seorang penjenayah semakin hilang kuasa berunding apabila tempoh tuntutannya semakin habis.Ada jurujual yang sengaja melambatkan panggilan balas kepada pelanggannya bagi menunjukkan syarikat itu sibuk dan mempunyai ramai pelanggan.Kadang-kadang dalam perniagaan saham , melengahkan beberapa minit pun dapat memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.Kesimpulannya strategi yang terbaik adalah kunci bagi mendapatkan kejayaan yang lebih baik.Kadangkala berada di hujung tarikh akhir menjadikan kita lebih memebri tumpuan dan fokus dalam sesuatu tugasan.Ingat..jangan lakukan kerana malas tetapi kerana strategi.

Sumber : Sedutan dari  Buku 55 petua orang berjaya
Dr Fadillah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof -PTS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan