Hutang ? Boleh dikatakan sebahagian daripada kita semua berhutang.dalam dunia moden ,kita tidak dapat lari dari berhutang.Daripada mula belajar hinggalah menempuh alam perkahwinan.Semuanya berhutang.Sabda Nabi S.A.W jauhilah hutang kerana ia akan menyebabkan kamu malu di siang hari dan menderita di malam hari.Walau bagaimanapun terdapat hutang yang dibenarkan dalam Islam.Antaranya hutang untuk jalan Allah atau fisabilillah.,kedua hutang untuk menyelamatkan nyawa seseorang kerana jalan Allah.Ahir sekali hutang untuk urusan perkahwinan.
Islam menggariskan peraturan khusus dalam amalan berhutang :
- Hutang mesti bertulis- direkodkan
- Bersaksi -s ekurang-kurangnya dua orang saksi
- Tempoh -mempunyai had masa tertentu.
Ingatlah hutang hendaklah disegerakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan