Manusia yang terbaik ialah manusia yang cepat sedar dan sedia belajar dari kesilapan,kealpaan,kelalaian dan kegagalannya.Aristotle pernah mengungkapkan bahawa kita menjadi apa yang sellau kita lakukan.Ingatlah kecemerlangan itu bukan satu tindakan tetapi satu tabiat.Untuk berjaya seseorang harus memiliki ilmu pengetahuan ,motivasi diri dan tabiat diri yang baik.benarlah kata pepatah , orang yang berjiwa besar bercakap pelbagai idea, orang biasa-biasa mengulas-ulas pelbagai peristiwa,orang yang berjiwa kecil memperkatakan hal orang lain sementara orang yang berotak kecil bercakap tentang diri mereka sendiri.jadi kita dalam kelompok mana?.Fikirdan renungkanlah.Kata para ulamak lagi..jika anda inginkan kejayaan dunia bangunlah awal pagi,jika ingin kejayaan di akhirat bangunlah di waktu malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan