Kombinasi
pasukan yang berkesan.
Pasukan yang berkesan mempunyai beberapa kombinasi yang hebat :
1.Objektif yang jelas
Ahli kumpulan mempunyai kefahaman yang jelas tentang
matlamat organisasi.
2.Peranan yang
seimbang
Terdapat keseimbangan yang baik antara ahli
kumpulan tentang
kemahiran, kebolehan
dan aspirasi . Ahli pasukan mempunyai kefahaman yang jelas tentang peranan
setiap individu untuk mencapai objektif pasukan keseluruhan.
3.Proses yang berkesan
Terdapat proses yang baik ketika, berkomunikasi,
melaksana dan mengkaji semula keputusan serta sistem maklumat yang berkesan.Penyelarasan
sumber, idea dan sebagainya dapat dilakukan sekiranya berlaku perubahan.
4.Komunikasi yang
berkesan
Mesyuarat akan produktif dan terdapat komunikasi
yang berkesan dari atas, bawah dan seluruh organisasi.
5.Kepimpinan yang
sesuai
Pasukan meletakkan kepercayaan kepada ketua pasukan serta yakin beliau akan
mengendalikan organisasi dengan cara
yang sesuai.
6.Sokongan dan
kepercayaan
Ahli kumpulan membantu antara satu sama lain
dengan mendengar, menilai, serta menawarkan idea-idea, menggalakkan eksperimen
serta memberi sokongan penuh.
7.Keterbukaan dan
konflik
Ahli kumpulan meluahkan perasaan secara terbuka dan jujur. Terdapat
kesediaan untuk bekerja ketika menghadapi situasi yang sukar atau konflik yang positif.
8.Kerjasama berterusan
Ahli kumpulan bersedia untuk terlibat dan komited. Individu
yang memiliki 'kebolehan, pengetahuan dan pengalaman dikumpulkan dan digunakan
oleh pasukan. Terdapat penerimaan terhadap kekuatan dan kelemahan
masing-masing.
9.Perkembangan
individu
Menerima 'Kesilapan' secara terbuka dan
digunakan sebagai
panduan untuk pembelajaran seterusnya. Individu diberi
peluang untuk membangunkan kemahiran baru dan pengalaman.
10.Hubungan harmoni antara
jaringan kumpulan
Ahli pasukan mempunyai hubungan baik dengan jabatan dan agensi lain serta menghargai dan menghormati
keperluan bekerjasama.
11.Kajian Impak
Keberkesanan.
Organisasi sentiasa mengkaji prestasi dan matlamat serta mengubah keutamaan dan amalan sekiranya
perlu untuk kecemerlangan organisasi.
Sumber disesuaikan daripada :knowhownonprofit.org
Tiada ulasan:
Catat Ulasan