Jumaat, 2 Disember 2016

Team Work Efektif

Kombinasi  pasukan yang berkesan.
Pasukan yang berkesan mempunyai beberapa  kombinasi yang hebat :
1.Objektif yang jelas
Ahli kumpulan  mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat organisasi.
2.Peranan yang seimbang
Terdapat keseimbangan yang baik antara ahli kumpulan tentang
kemahiran, kebolehan dan aspirasi . Ahli pasukan mempunyai kefahaman yang jelas tentang peranan setiap individu untuk mencapai objektif pasukan keseluruhan. 
3.Proses yang berkesan
Terdapat proses yang baik ketika, berkomunikasi, melaksana dan mengkaji semula keputusan serta sistem maklumat yang berkesan.Penyelarasan sumber, idea dan sebagainya dapat dilakukan sekiranya berlaku perubahan.
4.Komunikasi yang berkesan
Mesyuarat akan produktif dan terdapat komunikasi yang berkesan dari  atas, bawah dan  seluruh organisasi.
5.Kepimpinan yang sesuai
Pasukan meletakkan kepercayaan kepada  ketua pasukan serta yakin beliau akan mengendalikan organisasi  dengan cara yang sesuai.
6.Sokongan dan kepercayaan
Ahli kumpulan membantu antara satu sama lain dengan mendengar, menilai, serta menawarkan idea-idea, menggalakkan eksperimen serta  memberi sokongan penuh.
7.Keterbukaan dan konflik
Ahli kumpulan  meluahkan perasaan secara terbuka dan jujur. Terdapat kesediaan untuk bekerja ketika menghadapi  situasi yang sukar atau konflik yang positif.
8.Kerjasama berterusan
Ahli kumpulan bersedia untuk terlibat dan komited. Individu yang memiliki 'kebolehan, pengetahuan dan pengalaman dikumpulkan dan digunakan oleh pasukan. Terdapat penerimaan terhadap kekuatan dan kelemahan masing-masing.
9.Perkembangan individu
Menerima 'Kesilapan' secara terbuka dan digunakan sebagai
panduan untuk pembelajaran seterusnya. Individu diberi peluang untuk membangunkan kemahiran baru dan pengalaman.
10.Hubungan harmoni antara jaringan kumpulan
Ahli pasukan mempunyai hubungan baik dengan  jabatan dan agensi lain serta menghargai dan menghormati keperluan bekerjasama.
11.Kajian Impak Keberkesanan.
Organisasi  sentiasa mengkaji prestasi dan matlamat  serta mengubah keutamaan dan amalan sekiranya perlu untuk kecemerlangan organisasi.

Sumber disesuaikan daripada :knowhownonprofit.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan