Sabtu, 11 Februari 2023

Pemimpin Hebat

Tanggungjawab seorang pemimpin amat besar. Kejayaan pasukan juga bergantung kepada keputusan pemimpin kerana pemimpin adalah orang terakhir membuat keputusan. Kesilapan kecil dalam membuat keputusan memberi impak yang besar kepada organisasi.

Pemimpin yang baik dan berjaya perlu belajar menjadi pengikut yang baik terlebih dahulu.Berikut ciri-ciri pengikut yang baik dan berkesan :


1.Mereka tahu tanggungjawab mereka. Seorang pengikut yang baik tahu peranan mereka dan tahu bagaimana untuk mengenal pasti pemimpin sebenar mereka.

2.Pendengar yang baik. Pengikut yang baik merupakan pendengar yang baik.Mereka mendengar dengan teliti pesanan pemimpin atasan mereka dan bersedia menerima nasihat orang lain.

3.Sanggup melakukan tugas tambahan. Pengikut yang baik sanggup melakukan perkara di luar tugas mereka hanya untuk membantu pemimpin atasan mereka dan tidak menunggu untuk diberitahu apa yang perlu dilakukan.

4. Mereka setia dan menghormati pemimpin atasan. Pengikut yang baik tidak akan melakukan perkara buruk terhadap orang atasan mereka atau pun berkata buruk terhadap mereka hanya untuk mendapatkan faedah untuk diri mereka sendiri.

5. Tahu bagaimana untuk mematuhi dan apa yang harus dipatuhi. Mereka bersedia untuk mematuhi pemimpin mereka tanpa teragak-agak pada masa yang sama mereka sedar tentang perkara yang perlu mereka lakukan.

 

Menjadi seorang pemimpin yang baik memerlukan kita mempelajari ciri-ciri tersebut untuk menjadi contoh yang baik kepada pengikut kita dan memahami sudut pandang mereka juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan