Usia bukan kayu pengukur untuk melahirkan pemimpin yang baik.Yang penting seorang pemimpin harus memiliki integriti, keupayaan, profesionalisme dan kesetiaan kepada organisasi yang dipimpin.
SEORANG pemimpin yang hebat perlu mempunyai sebuah pemikiran yang luar biasa dalam memastikan segala aspek sama ada pentadbiran dan pengurusan dapat dicapai melalui dasar-dasar yang efektif dan berkesan. Kemampuan ini yang akan membawa sebuah negara untuk terus mengekalkan kelangsungan dan kedinamikan yang berlaku di sekeliling yang mencabar daya kekuatan pemimpin tersebut.
Sejarah membuktikan bahawa seorang pemimpin yang hebat bukan sahaja lahir dari satu keadaan dan situasi yang mencabar. Ia lahir dari satu kondisi di mana pemimpin tersebut berhadapan dengan konflik yang besar. Konflik ini akan menjadi penanda aras atau kayu ukur kemampuan mereka bukan sahaja sebagai satu bentuk ujian tetapi satu bentuk pengesahan daripada masyarakat itu sendiri.
Sumber : Sinar Online

Tiada ulasan:
Catat Ulasan