Rabu, 19 Julai 2017

Mati Gara-gara Sebuah Kata-kata

Seekor Rusa yang BAIK mati hanya gara2 sebuah kata2...

1.Sepulang dari sawah, Rusa terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat.
Rusa berkata pada Anjing yg kebetulan datang : "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari suntuk."

2. Anjing berjumpa Kucing di sudut tembok : "Tadi saya berjumpa Rusa, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kpd Rusa."

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing : "Rusa komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja."

4. Kambing berjumpa Ayam : "Khabarnya Rusa tidak seronok bekerja dgn bos ... mungkin ada bos lain yang lebih baik."

5. Ayam bercerita kepada Monyet : "Rusa tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain."

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos  : "Bos, tolong ajar si Rusa tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dgn bos lain."

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Rusa kerana dilihat telah mengkhianatinya...

Itu sebabnya adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita shj. Hendaklah difikirkan baik2 tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.cerita boleh diputar belit apatah lagi ttg perkara yg BURUK dan yg menyampaikannya ialah org yg membenci anda.                                      

Renung2kanlah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan