Ahad, 28 Mei 2017

13 Definisi Kepimpinan

Kepimpinan adalah keupayaan untuk menterjemah wawasan menjadi realiti.

- Warren Bennis

Berikut 13 definisi kepimpinan :

1.Menurut Kamus Dewan (1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin.

2.Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.

3.Mengikut Katz dan Khan (1978) terdapat tiga perkara yang ditekankan dalam konteks kepimpinan, iaitu kedudukan atau jawatan, Sebagai peribadi seorang individu dan sebagai satu rangkaian tingkah laku tertentu.

4.Menurut Jacobs dan Jacques (1990:281)kepimpinan adalah sebuah proses memberi ahli terhadap usaha kolektif, dan mengakibatkan kesediaan untuk melakukan usaha yang diinginkan untuk mencapai sasaran.

5.Menurut Stoner, pengertian kepemimpinan adalah suatu proses mengenai pengarahan dan usaha untuk mempengaruhi kegiatan yang berhubungan dengan anggota kelompok.

6. Salah satu cara untuk menukar budaya organisasi yang tidak baik kepada budaya organisasi yang cemerlang ialah dengan mernastikan kepimpinan yang menerajui sesebuah organisasi mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mempunyai misi dan matlarnat yang jelas. Kepimpinan telah diterima sebagai faktor utarna yang rnembezakan antara organisasi yang berkesan dengan organisasi yang tidak berkesan (Abdul Shukor, 2004)

7. Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960).

8. Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955).

9. Kepimpinan ialah “satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama” (Gribben 1972).

10. Pemikir lain berpendapat bahawa “kepimpinan secara amnya bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi manusia supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama” (Koontz 1984).

11.Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain supaya bekerja keras kearah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untukmembantu mereka mencapainya” (Fulmer 1988).

12.Hollander (1978) mendefinasikan kepimpinan sebagai “ satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Meskipun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama”.

 

13. Bagi Northouse (2009), beliau mencerakinkan lima dimensi untuk menjelaskan takrif kepimpinan. Pertama, dimensi kepimpinan adalah berkaitan ciri-ciri individu menyokong pernyataan bahawa pemimpin adalah dilahirkan (nature) dan bukannya dibentuk (nurture). Ia merujuk kepada pemimpin yang mempunyai ciri-ciri khusus seperti berkeyakinan tinggi, bijak membuat keputusan, pandai bergaul dan sebagainya. Keduanya, dimensi kepimpinan adalah satu bentuk keupayaan mempunyai persamaan dengan pandangan yang pertama iaitu keupayaan memimpin sebagai bakat semulajadi. Namun, sesetengah pendapat menghujahkan keupayaan memimpin boleh dibangunkan menerusi latihan. Ketiganya, dimensi kepimpinan merupakan satu bentuk kemahiran, di mana kepimpinan dilihat sebagai kompetensi boleh-bina untuk mencapai matlamat organisasi. Ia membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk menjadi pemimpin melalui pembelajaran dan latihan. Keempat, dimensi kepimpinan adalah berkaitan tingkahlaku menekankan jenis tingkah laku utama dalam orientasi tugasan pemimpin iaitu berorientasikan tugas dan berorientasikan manusia. Kelimanya, dimensi kepimpinan adalah berkaitan perhubungan mentakrifkan kepimpinan daripada sudut komunikasi dua hala, di antara pemimpin dengan pengikutnya. Dalam hal ini, perlakuan pemimpin mempengaruhi pengikutnya dan begitulah pula sebaliknya.

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan