Pelbagai  gaya kepimpinan wujud dalam sesebuah organisasi
.Terdapat kebaikan dan keburukan dalam setiap gaya kepimpinan. Budaya dan
matlamat organisasi menentukan gaya kepimpinan 
sesebuah organisasi. Sesetengah organisasi
memperlihat pelbagai jenis  gaya kepimpinan
 bergantung kepada keperluan organisasi.
Laissez-
faire
Seorang
pemimpin laissez -faire membiarkan pekerjanya bergerak sendiri atau memberi
kebebasan sepenuhnya tanpa  pemantauan
dan bimbingan  langsung kepada mereka.Pemimpin
jenis ini juga membiarkan orang bawahan membuat keputusan sendiri .Ahli diberi
kebebasan  untuk menentukan matlamat
organisasi serta cara –cara untuk mencapai matlamat organisasi.
Kelemahan :
1.   Pekerja yang sangat berpengalaman
dan terlatih yang memerlukan pengawasan  di bawah gaya kepimpinan laissez- faire hilang
kawalan dan kualiti.
2.   Gaya kepimpinan  laissez -faire tanpa pengawasan pemimpin  boleh membawa kepada pengurangan produktiviti  dan kos yang  meningkat.
3.   Gaya kepimpinan ini tidak sesuai
sekiranya organisasi mementingkan kualiti , inovasi dan teknologi.
4.   Kepimpinanan Laissez-Faire tidak
menetapkan matlamat organisasi dengan jelas menyebabkan organisasi tidak fokus dan
tidak membantu  orang bawahan membuat
keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan