Jumaat, 27 Ogos 2010

Kemahiran Seorang Pengurus


Anda telah dilantik sebagai pengurus.Tak kira sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.Anda sebenarnya telah diberikan autoriti rasmi dan pangkat untuk menjalankan tugas rasmi dan tanggungjawab.

Henry Mintzberg menggariskan peranan pengurus kepada 3 komponen :
1. Pengurus sebagai penghubung individu atau orang perantaraan.
Sebagai orang terpenting dalam organisasi beliau menjalankan tanggungjawab bersifat sosial-menghadiri majlis perkahwinan kakitangan bawahan dan sebagainya.

2. Pengurus sebagai penyebar atau penyampai maklumat
Seorang pengurus mungkin tidak tahu segala-galanya,tetapi beliau mengetahui lebih daripada kakitangan  lain hasil hubungannya dengan kakitangan dalaman dan pihak luar.

3. Pengurus sebagai pembuat keputusan
Seorang pengurus bertanggungjawab melibatkan diri dalam sesuatu tindakan dalam organisasi.Pengurus harus tahu maklumat lengkap dan kemaskini untuk membuat keputusan tentang strategi unitnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan