Ahad, 6 Jun 2010

Menangani Pekerja Bermasalah


Menangani Pekerja Bermasalah
Date: Monday, June 13 @ 23:24:32 MYT
Topic: Bisnes & Pengurusan



"Membiarkan pekerja terus bermasalah, bererti membiarkan perniagaan rugi." Usahawan perlu mengenal pasti pekerja bermasalah pada peringkat awal kerana ia mungkin mempengaruhi pekerja-pekerja yang lain. Pekerja bermasalah boleh dikenal pasti melalui perubahan diri, seperti murung dan ponteng kerja.

Usahawan mungkin mempunyai pekerja yang mahir dan berkebolehan tetapi bermasalah, yang boleh merugikan perniagaan apabila dibiarkan. Ingat, masalah boleh disebabkan oleh pekerja dan juga usahawan sendiri. Justeru, usahawan tidak boleh mengambil tindakan tanpa usul periksa dan menyalahkan pekerja semata-mata. Sabar itu penting apabila menghadapi pekerja begini. Usahawan perlu mengenal pasti pekerja bermasalah pada peringkat awal kerana ia mungkin mempengaruhi pekerja-pekerja yang lain. Pekerja bermasalah boleh dikenal pasti melalui perubahan diri, seperti murung dan ponteng kerja. Selain daripada itu, prestasi kerja juga mungkin terjejas. Berikut adalah beberapa tip bagi menghadapi pekerja bermasalah: -Berbincang dengan pekerja berkenaan masalah yang dihadapi, sama ada ia berkaitan kerja ataupun peribadi. Usahawan harus mengelak daripada terjerat dengan masalah peribadi pekerja. -Jadilah pendengar yang baik. Beri peluang secukupnya untuk pekerja meluahkan perasaan mereka, cuba lihat masalah daripada perspektif pekerja, jangan mudah melenting apabila diri ataupun sistem yang saudara gunakan dikritik. -Yakinkan pekerja, saudara mahu membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. -Gunakan fakta dan elakkan daripada menggunakan maklumat yang didapati daripada pekerja lain. Tanya pekerja bagaimana mereka mahu menyelesaikan masalah itu dan bagaimana pula saudara boleh bantu. -Bersama-sama menetapkan tarikh akhir dan merangka strategi menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, pekerja bumiputera dikatakan lebih gemar memberikan masalah kepada majikan dari bangsa yang sama, tetapi tidak banyak halnya apabila bekerja dengan majikan berbangsa lain. 

Fenomena ini bertepatan dengan kenyataan Profesor Diraja Ungku Aziz di dalam artikel beliau yang bertajuk Tragedi Pemikiran Melayu yang menyatakan: "Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu untuk membangunkan orang Melayu." Dalam konteks usahawan dan pekerja muslim, hal ini tidak seharusnya berlaku kerana Nabi berkata sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud: "Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain." 

Sumber : pts.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan