Rabu, 9 Jun 2010

Jutawan Senyap 1

Suatu hari saya mendapat seorang jiran baru.Semasa berkenalan baru saya teringat , rupa-rupanya dia penjual bakso ( mi rebus Indonesia) di pasar malam .Saya juga pernah membeli baksonya.Memang sedap.Dari percakapannya saya tahu dia bukan orang tempatan.Telahan saya tepat.Dia seorang warga Indonesia.Asalnya dari Bandung , Indonesia.Dia memberitahu sudah hampir setahun pulang ke kampung asalnya kerana menziarahi emaknya yang sakit.Tanpa segan silu dia menceritakan bahawa  Malaysia sebenarnya merupakan lubuk duit.Asalkan kita rajin ,kita mampu memperoleh pendapatan yang lumayan.Saya mengangguk-angguk membenarkan percakapannya.Dia juga dengan bangga menceritakan bahawa hasil jualan baksonya di Malaysia hampir 3 tahun membolehkan dia memilik sebuah banglo , beberapa bidang tanah dan sebuah lori untuk digunakan bagi perniagaannya di sana yang diuruskan anak-anaknya.dalam hati saya dia memang layak bergelar jutawan ..jutawan senyap..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan